Sabtu, 05 Januari 2013

Keajaiban Salam


Ulasan

Buku ‘Keajaiban Salam’ ini menerangkan pengertian salam dengan jelas serta hokum dan cara menjawab salam yang betul. Salam dalam Islam bukan sekadar ucapan salam semata-mata yang menjadi tradisi tetapi ia salam ini mempunyai penghormatan dan doa yang diucapkan dengan tulus ikhlas dari dalam hati. Selain itu, keutamaan salam dalam Islam juga disentuh oleh penulis dalam buku ini. Kelebihan dan rahsia salam itu disingkap oleh penulis untuk dikongsikan bersama dengan pembaca agar sama-sama menyebarkan salam antaraa mulim. Menyebarkan salam dapat menyimpulkan tali silarurrahim antara manusia. Mengeratkan silaturrahim itu sangatlah dituntut dalam Islam sebagaimana Sahabat Rasulullah s.a.w sentiasa berlumba-lumba untuk menberi salam dahulu di antara mereka.

Setelah saya membaca buku ini, banyak ilmu yang dapat daripada buku ini. Selama ini, saya melihat salam itu sebagai tradisi yang telah diamalkan sejak dahulu. Dan sy meneliti, penyebaran salam sudah semakin ditinggalkan. Ini kerana ramai yang tidak memahami atau kurang menghayati hakikat salam itu serta kelebihan salam. Disini saya mencadangkan, dapatkanlah buku ini dan bacalah, sama-samalah kita hayati hakikat salam yang sering kita buat sewaktu kita memasuki rumah dan bertemu saudara-mara agar salam yang kita amalkan itu bukan sekadar ikutan tradisi tetapi daripada ilmu dan tuntutan agama.


Kulit Belakang Buku
Syariat untuk mengucapkan dan menjawab salam sangat jelas disebutkan.. baik di dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah. Di samping sebagai bentuk penghormatan sekaligus doa yang diucapkan oleh saudara muslim lainnya, sesungguhnya salam memiliki efek dan energi positif yang luar biasa. Namun, ibarat amal yang sulit diterima tanpa adanya ilmu, maka salam yang hanya sebatas pada ucapan tidak akan memberikan dampak apa-apa.

Melalui buku
 Keajaiban Salam yang dikemas secara simple dengan kamilat yang lugas dan jelas, penulis berupaya mengungkapkan berbagai hal yang harus diketahui tentang salam. Beberapa poin utama yang dibahas, antara lain : Apa makna dan hakikat salam sebenarnya? Bagaimana cara menguncapkan dan menjawab salam sesuai tuntunan Rasulullah s.a.w baik kepada sesame muslim mahupun nonmuslim, dan apa hukumnya? Apakah tradisi menitipkan salam dibenarkan? Haruskan menjawab salam ketika sholat? Apa saja fadhilah dan keajiban salam yang akan dirasakan pemberi mahupun pemerima salam?
 

Nur Amalina

Buku ini dijual silahkan hubungi Abdurrahman telp : 0835885753838 Harga : Rp. 12.500  

2 komentar:

Please Uktub Your Ro'yi Here...